Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 22, 2012

Benarkah Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam..


Perbincangan mengenai kejadian Hawa amat meluas. Sebahagian ulama berpendapat, Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim) 

Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn Munzir, ibn Humaid dan ramai lagi.

Manakala Imam Al-Qurtubi menyatakan didalam kitab Dalilul Falihin :"Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk"

Dapat kita fahami bahawa wanita bukan dicipta daripada tulang rusuk. Ianya berbentuk kiasan iaitu tulang rusuk itu berbentuk bengkok berbeza dengan tulang lain yang berbentuk lurus sebagaimana keadaan kaum wanita berbeza dengan keadaan kaum lelaki.

Pendapat ini juga boleh dikaikan dengan sambungan lafaz hadith diatas yang bermaksud :

"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)"

Sambungan hadith membawa maksud tulang rusuk ini tidak boleh dicaci kerana keadaannya yang sedia bengkok kerana tanpanya jasad manusia pasti bermasalah.

Begitu juga dengan wanita. Tanpa mereka kehidupan lelaki tidak sempurna. Kaum lelaki perlu memahami keadaan mereka dan jangan bersikap keras terhadap mereka. Berhemahlah dalam menghadapi kaum wanita.

Apabila dirujuk di Al-quran tentang perkara ini,

Allah menyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 1 :

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak" 

Ayat ini tidak mengaitkan kejadian Hawa dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Dr Hamka dalam Tafsir al-azhar menyatakan : “Ahli-ahli ijtihad tidak membantah hadith yang sahih ini (hadith yang mengatakan bahawa wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki), namun ia tidak boleh menjadikan alasan yang tepat bagi mengatakan Hawa terjadi daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam. Yang jelas sekali, kaum wanita kesemuanya bukan terjadi daripada tulang rusuk suaminya. Yang menjadi pertikaian adalah mengenai Hawa (samada ia terjadi daripada tulang rusuk Nabi Adam atau tidak). Oleh kerana islam adalah agama yang memberi kebebasan berijtihad mereka yang ahli (mampu). Maka tidak salah sekiranya terdapat perbezaan pendapat (dalam hal ini). Justeru itu, tidak dihukum keluar daripada Islam sekiranya seseorang berkeyakina
n, berdasarkan penyelidikannya, bahawa Hawa tidak terjadi daripada tulang rusuk Nabi Adam. Tidak ada salahnya sekiranya umat islam turut memberikan perhatian bagi menyelidiki teori-teori yang berkaitan (dengan persoalan ini) berapa tahunkah manusia sudah berada didunia ini” 

Maka lakukan kajian selagi terdaya sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 20 :

"Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya"

Sunday, November 11, 2012

Kenapa Menangis???


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Credit to : Tentang Cinta