Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 22, 2012

Benarkah Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam..


Perbincangan mengenai kejadian Hawa amat meluas. Sebahagian ulama berpendapat, Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas"

(Bukhari & Muslim) 

Antara ulama yang berpegang dengan pendapat ini adalah Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibn Munzir, ibn Humaid dan ramai lagi.

Manakala Imam Al-Qurtubi menyatakan didalam kitab Dalilul Falihin :"Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk"

Dapat kita fahami bahawa wanita bukan dicipta daripada tulang rusuk. Ianya berbentuk kiasan iaitu tulang rusuk itu berbentuk bengkok berbeza dengan tulang lain yang berbentuk lurus sebagaimana keadaan kaum wanita berbeza dengan keadaan kaum lelaki.

Pendapat ini juga boleh dikaikan dengan sambungan lafaz hadith diatas yang bermaksud :

"Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok buat selama-lamanya. Justeru itu berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)"

Sambungan hadith membawa maksud tulang rusuk ini tidak boleh dicaci kerana keadaannya yang sedia bengkok kerana tanpanya jasad manusia pasti bermasalah.

Begitu juga dengan wanita. Tanpa mereka kehidupan lelaki tidak sempurna. Kaum lelaki perlu memahami keadaan mereka dan jangan bersikap keras terhadap mereka. Berhemahlah dalam menghadapi kaum wanita.

Apabila dirujuk di Al-quran tentang perkara ini,

Allah menyatakan dalam surah An-Nisa’ ayat 1 :

"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri (Adam), dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa); dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak" 

Ayat ini tidak mengaitkan kejadian Hawa dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Dr Hamka dalam Tafsir al-azhar menyatakan : “Ahli-ahli ijtihad tidak membantah hadith yang sahih ini (hadith yang mengatakan bahawa wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki), namun ia tidak boleh menjadikan alasan yang tepat bagi mengatakan Hawa terjadi daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam. Yang jelas sekali, kaum wanita kesemuanya bukan terjadi daripada tulang rusuk suaminya. Yang menjadi pertikaian adalah mengenai Hawa (samada ia terjadi daripada tulang rusuk Nabi Adam atau tidak). Oleh kerana islam adalah agama yang memberi kebebasan berijtihad mereka yang ahli (mampu). Maka tidak salah sekiranya terdapat perbezaan pendapat (dalam hal ini). Justeru itu, tidak dihukum keluar daripada Islam sekiranya seseorang berkeyakina
n, berdasarkan penyelidikannya, bahawa Hawa tidak terjadi daripada tulang rusuk Nabi Adam. Tidak ada salahnya sekiranya umat islam turut memberikan perhatian bagi menyelidiki teori-teori yang berkaitan (dengan persoalan ini) berapa tahunkah manusia sudah berada didunia ini” 

Maka lakukan kajian selagi terdaya sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 20 :

"Katakanlah: "Berjalanlah di (muka) bumi, Maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya"

Sunday, November 11, 2012

Kenapa Menangis???


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti¦”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Credit to : Tentang Cinta

Tuesday, July 24, 2012

Untuk muslimah..

Wahai MUSLIMAH...

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!



★RUGI-NYA ORANG:★
☛Rugi-nya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.

☛Rugi-nya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.

☛Rugi-nya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.

☛Rugi-nya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.

☛Rugi-nya kanak-kanak tak solat, Hasan dan Husin ketika kanak-kanak pun solat.

Tuesday, June 26, 2012

Wanita Solehah

~~^ BerUNTUNGnya Menjadi WANITA YANG SOLEHAH~~^

Aku selalu bertanya pada hati, apa yang diinginkan LELAKI dari seorang WANITA ?

...♥ Pandai mengaji dan bersopan? Ya. Sedap mata memandang? Ya. Lagi??? . . .

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya ”

Tidakkah kau ingin menjadi WANITA & ISTERI SOLEHAH ? Terlalu banyak lelaki mengidamkan isteri solehah, tetapi yang layak mendapatkannya hanyalah LELAKI YANG SOLEH !

Ketahuilah ganjarannya wahai semua WANITA, moga kalian berebut-rebut ingin menjadi WANITA SOLEHAH dan seterusnya dicintai dan dilamar oleh LELAKI SOLEH, insha'Allah...♥


Thursday, April 19, 2012

Hadis Rasulullah SAW tentang wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebihkuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawabBaginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayangtidak akan sia-sia". 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap haridengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t.mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t. 

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa sepertikeadaan ibunya melahirkannya.

 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripadasusunya diberi satu kebajikan.

 6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membelaagama Allah s. w. t. 

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orangyang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s.w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikankepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak  perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t.memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memeliharakehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahajayang dikehendaki. 

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh. 

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilanibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikatdi langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepadasuaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

 15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka danterbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengantidak dihisab. 

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w)di dalam syurga.

 18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau duaanak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulandengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga. 

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak  perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Thursday, April 5, 2012

Love Story

Bila cinta endapkan semua harapan
Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga
Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu

Korus
Love story let’s make a history
Sejarah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah
Love story let’s make a history
Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
Namun cinta kita tetap akan utuh
Love story
Bila cinta (bila cinta) seribu tahun akan ku tunggu
Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu (menggapaimu)
Love story let’s make a history
Sejarah cinta kita menguasai bumi
Mengalahkan semua yang paling terindah
Meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh
Love story, love story, love story