Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

Kata Hikmah

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi,segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sadarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akanmengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh,tetapi itulah hakikatnya.


Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.


Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta,kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.


Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya.Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.



Rasa percintaan lebih pahit dari empedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu.


Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.


Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

Cinta lelaki seumpama gunung, ia besar tapi sama dan (sayangnya) sukar di fahami, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah.Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.




Friday, January 14, 2011

Beberapa Kata-kata hikmah yang menarik minat aku...

cantik wanita kerana kejernihan wajah,
manis wnita kerana senyum,ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah,
hebat wanita kerana kesabaran,
mulia wanita kerana keimanan dan kecintaan illahi...

perkara yg paling aku menyesali sekali
apabila terbenamnya matahari umurku tambah,
tetapi amalanku tidak bertambah...
DaRi IBNU MAS`UD

serikandi muslimah sejati
hatinya akan sentiasa dimiliki illahi
dalam memperjuangkan AGAMA ISLAM......

senyum itu kelembutan
ketawa itu keriangan
namun disebaliknya.....
ada rahsia demi rahsia

"hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu
dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah
menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan
pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas
landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar
utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

Cinta tdk selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta

Setiap kita menjalani hidup, semua yang terbayang difikiran kita adalah jalan lurus tak berliku tanpa sedikitpun lubang yang menghadang.Tapi kenyataan hidup tak seperti yang kita harapkan,cubaan dtg silih berganti.Seseorang terkadang merasa dirinya gagal ketika tidak snggup menghadapi rintangan yang ada didepan mata.

Cinta adalah tamu yang selalu datang tanpa di undang tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan. Dan sesungguhnya hati akan terasa memiliki cinta apabila cinta itu telah pergi.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan.Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia